Nasional

Dua pengedar dadah ditahan, rampas ganja seberat 1 kilogram

DUA lelaki ditahan kerana terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di kawasan meletak kenderaan sebuah pasar raya di Taman Maju Jaya, Petaling Jaya pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua suspek berusia 32 dan 29 tahun.

“Serbuan dilakukan ketika mereka berada di dalam sebuah kereta jenis Peugeot dan hasil pemeriksaan menemukan satu beg galas berisi dadah jenis ganja seberat 1 kilogram.

“Selain dadah, kita turut merampas serangkai anak kunci dan wang tunai berjumlah RM5,000,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, ujian saringan awal juga mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis ganja.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati seorang dariapda mereka sudah terlibat dengan akvititi pengedaran dadah sejak setahun yang lalu.

“Suspek kedua pula berperanan sebagai orang tengah yang mencari pembeli dadah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Ujarnya, kedua-dua suspek mempunya rekod lampau di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah da Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button