JenayahNasionalpilihan

Ganja: Dua lelaki asing, seorang wanita tempatan dicekup di bilik homestay

TEKTIK dua lelaki warga asing menyewa di sebuah bilik homestay atas nama seorang wanita tempatan akhirnya terbongkar.

“Tiga sahabat” yang selama ini menjadikan bilik homestay sebagai “port” mengedar ganja akhirnya dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assiten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menahan dua lelaki warga asing dan seorang perempuan tempatan yang berusia antara 25 hingga 28 tahun pada pukul 1 tengah hari, 28 Julai (semalam).

“Penahanan ini menerusi Op Tapis Khas SeMalaysia di sebuah bilik homestay di Kampung Kolam, Padang Besar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Polis rampas dadah dipercayai ganja seberat sekilogram yang berharga RM2,500.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek ini merupakan rakan yang bekerjasama dalam sindiket ini.

Mohd. Shokri berkata, hasil pemeriksaan dalam serbuan itu telah dirampas dadah jenis ganja seberat sekilogram yang berharga RM2,500.

Beliau berkata, ganja sebanyak ini dianggar boleh digunakan untuk 500 penagih.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini aktif beroperasi sejak sebulan lalu yang melibatkan aktiviti pengedaran dadah jenis ganja,” katanya.

Beliau berkata, penyeludupan ganja dari negara jiran ke Malaysia ini menggunakan jalan tikus di sempadan negara.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati dua lelaki warga asing itu membawa masuk ganja ini dan menyelinap masuk sehari sebelum ditangkap di homestay yang didaftar masuk menggunakan identiti perempuan tempatan yang ditangkap bersama.

Mohd Shokri berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini (29 Julai).

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assiten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah

Kesemua saspek akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pihak polis khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padang Besar akan meneruskan siasatan bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat dalam kes ini.

Masyarakat diminta bekerjasama untuk sentiasa menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah atau penyalahgunaan dadah di talian 04-9492222 (HOTLINE) DAN 04-9491481 (DCC). – SM

Artikel berkaitan > Penting cegah jenayah yang tidak memilih jantina – Raja Puan Muda Perlis

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button