Nasional

Ingkar SOP: 663 dikompaun, 49 direman semalam

BILANGAN individu ingkar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih tinggi.

Semalam 718 individu ditahan atas kesalahan tersebut dengan 663 daripadanya dikompaun dan 49 lagi direman. Enam lagi individu diberikan jaminan.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 148 individu dikenakan tindakan kerana gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis dan 132 individu tidak memakai pelitup muka.

Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (122), tiada penjarakan fizikal (103), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (78), membawa penumpang berlebihan (53), premis gagal patuhi arahan (12), aktiviti pusat hiburan (2) dan lain-lain (68).

Sementara itu Operasi Benteng semalam telah menangkap 58 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga buah kenderaan darat serta tiga buah bot/kapal.

“Dalam operasi itu, sebanyak 21 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan,” katanya.

Semalam juga merekodkan seramai 752 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa. Kesemua mereka telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 228,951 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 77 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,283 individu telah dikuarantin dan 218,906 orang dibenarkan pulang manakala 2,762 lagi dibawa ke hospital,” kata Ismail Sabri.-SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button