Nasional
Berapa ramai boleh tunaikan haji tahun ini?
MALAYSIA dan Arab Saudi dijangka mengadakan perbincangan berkenaan kuota haji dan umrah dalam masa terdekat.
Atase Agama Arab Saudi ke Malaysia Sheikh Abdul Rahman Al-Rubaian berkata, kerajaan Penjaga Dua Masjid Suci itu dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara berkenaan.
“Perbincangan antara dua negara mengenai kuota haji dan umrah pada tahun ini bakal berlangsung dalam masa terdekat apabila Arab Saudi menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia serta Menteri Luar Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Agama (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
(Visited 604 times, 1 visits today)
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!