Berita

Permohonan Pertukaran Guru Kini Tanpa Syarat Lepas 2 Tahun

SEMPENA sambutan Hari Guru Ke-54 yang berlangsung penuh meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini, warga pendidik di seluruh negara menerima enam inisiatif baharu sebagai penghargaan terhadap jasa mereka dalam dunia pendidikan.

Dalam ucapan aluan perasmiannya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan antara berita paling menggembirakan adalah kelonggaran syarat permohonan pertukaran guru yang kini boleh dilakukan selepas dua tahun berkhidmat – tanpa sebarang syarat tambahan.

Beliau turut mengumumkan lima lagi inisiatif utama seperti berikut:

  1. Penempatan Pembantu Guru (MyPg):
    Seramai 1,470 pembantu guru akan ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih tahun ini, berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiap sekolah terpilih bakal menerima dua orang pembantu guru bagi membantu tugas-tugas harian pengajaran.

  2. Pengalaman Bertugas di UK:
    Seramai 32 guru penerima anugerah seperti Anugerah IKON, Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan Guru Berwibawa akan diberi peluang menyertai Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT) – satu program yang membolehkan mereka menjalani pengalaman mengajar secara percuma di sekolah antarabangsa di United Kingdom.

  3. Kursus Pendek di Luar Negara:
    KPM akan menghantar guru dan pegawai terpilih mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dalam bidang tertentu sebagai usaha meningkatkan kemahiran profesional dan pendedahan antarabangsa.

  4. Diskaun Tiket Penerbangan:
    Semua guru akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembelian tiket penerbangan ke seluruh destinasi menerusi portal MH GoM.

  5. Diskaun Pembelian Buku Dalam Talian:
    Pembelian buku secara dalam talian menggunakan ID DELIMa KPM turut menerima diskaun menarik antara 20 hingga 30 peratus.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button