Nasional

Kumpulan pertama penerima tablet Peranti Siswa bermula pertengahan Jun – Annuar Musa

KUMPULAN pertama pelajar dijangka menerima tablet mereka di bawah program Peranti Siswa Keluarga Malaysia (Peranti Pelajar Keluarga Malaysia) pada minggu kedua Jun, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa pada Isnin (9 Mei).

Annuar berkata bagaimanapun, tempoh itu bergantung kepada proses penghantaran daripada pembida terpilih.

Roll out pertama ini kita rancang selepas 30 hari dari Tarikh permohonan, dan proses roll out kedua pula ialah pada Ogos iaitu 60 hari selepas proses permohonan bagi mereka yang buat permohonan lewat dan bagi kes-kes rayuan,” katanya dalam program Inklusif di saluran TV1 disiarkan oleh RTM pada malam semalam.

Permohonan untuk program Peranti Siswa dibuka mulai 15 April lalu di bawah peruntukan RM450 juta membabitkan tempahan sebanyak 350,000 unit.

Mengulas lanjut Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah membuat kesimpulan bahawa peranti itu akan menjadi ideal dalam bentuk tablet yang didatangkan lengkap dengan aksesori termasuk papan kekunci.

“Berdasarkan nasihat jawatankuasa termasuk EPU (Unit Perancang Ekonomi), kami juga menjalankan percubaan ke atas sekumpulan pelajar dan mendapat maklum balas daripada mereka sebelum kami memutuskan bahawa dengan bajet RM450 juta yang ada, adalah lebih baik kami menyediakan tablet berkualiti tinggi berbanding komputer riba berkualiti rendah, dengan mengambil kira elemen kos,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata jenama dan pembekal peranti itu akan diumumkan minggu depan, sambil mengulangi jaminan ia adalah jenama terkenal di pasaran dan bukannya berkualiti rendah.

Kira-kira 350,000 pelajar B40 di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA), politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), layak memohon inisiatif Peranti Pelajar Keluarga Malaysia.

Peranti ini akan diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah Sarjana Muda. – SM

Baca artikel ini juga > Siswa bakal terima peranti berkualiti tinggi awal Jun 2022 

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button