Hiburan

Tom Hanks selamat kembali ke Los Angeles

Hanks dan isteri bebas COVID-19

AKTOR Hollywood, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson dilaporkan telah pulang ke Los Angeles (LA) kelmarin slepas menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di Australia selepas mereka dijangkiti wabak COVID-19.

Hanks yang kembali ke rumah mereka, dikatakan gembira sehingga aktor itu dilihat menari-nari sambil menyentuh tanah di halaman depan rumahnya.

Pelakon filem The Forrest Gump dan Toy Story itu dan isteri memberi senyuman ketika dilihat memandu di sekeliling bandaraya LA.

Reaksi kegembiraan yang terpancar di wajah pasangan suami isteri itu sempat dirakamkan oleh website TMZ  sejurus pasangan itu selamat tiba di lapangan terbang kecil di LA.

Di pojok muka surat 6 The New York Post mencatatkan, Hanks menyentuh tarmac lapangan terbang tersebut dan menari selepas keluar dari pesawat peribadi yang membawa pulang pasangan tersebut.

Wakil aktor berusia 63 tahun itu bagaimanapun tidak memberi maklumbalas yang pantas apabila diminta untuk memberi komen.

BACA:

Hanks dan isteri merupakan pasangan selebriti pertama yang mengumumkan mereka dijangkiti wabak COVID-19, virus pendamik yang membunuh lebih daripada 27,000 orang di seluruh dunia.

Pasangan suami-isteri ini mendapatkan rawatan di Asutralia dan dikuarantin untuk satu tempoh yang lama sebelum balik ke LA.

Menerusi ciapan terakhir Hanks di Twitter hari inni, dua minggu mengasingkan diri selepas disahkan dijangkiti virus itu, mereka kini sudah sihat.

Hanks berada di Australia baru-baru ini kerana terlibat dalam penggambaran sebuah filem berkisar tentang Legenda Rock n Roll, mendiang Elvis Presley.

Pada 11 Mac lalu, Hanks dan isterinya menjalani ujian COVID-19 dan disahkan positif. Ekoran itu, penggambaran terpaksa dihentikan. – Sumber: cnaLifestyle – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button