Politik

Jawatan PM: Jangan ‘pajak gadai’ UMNO – Puad

PIMPINAN UMNO dinasihatkan supaya bertegas dan kehadapan dalam pemilihan jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu dilihat apabila, UMNO mampu mempunyai kerusi yang dominan dalam Perikatan Nasional (PN) khususnya Dewan Rakyat.

Ini kerana, UMNO nasib UMNO tidak boleh menjadi seperti PKR dan DAP apabila menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“UMNO tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri.

“Cukuplah UMNO dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk PPBM kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan.

BACA > Malaysia rasis: Laporan Al Jazeera tidak betul – Dr. Adham — Suara Merdeka

“Sebab itu amat pelik apabila TG Hadi Awang (Datuk Seri) dan TS (Tan Sri) Anuar Musa mencadangkan supaya TS Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU ke 15.

“UMNO kena beringat, konsensus MKT dan pandangan ahli di bawah perlu dihormati.

“Keputusan besar seperti memajak gadai jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan dari akar umbi.”

Demikian kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Facebooknya hari ini yang mahukan jawatan Perdana Menteri itu dimiliki oleh UMNO-Pas selepas PRU-15 nanti.

Katanya, pimpinan Barisan Nasional (BN) juga perlu menyedari kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini adalah mesej jelas daripada rakyat kepada parti.

BACA > Jangan tunda peranan generasi muda — Suara Merdeka

 

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/10158357194208609?__xts__[0]=68.ARDWcHylqkR8r9E0udeD79L0B6RJmN301m4rufHsbdUJRluwHktqUIiqL69Qg-GJzhu81mplqLlwZP3bt8rZHsWB6sZ1ff8-XcyEjeF4rORDEJDRum-mFM4JxE7QxHEBUckkVLZJYQzExlDR_7IXhDFNNWSUljbZ-coV_y8aTLpyiTwTsPtWEdyMhv5D0mKrAOqYm8hoGvYNBKdPZpnbGy7n-gevLQK7G4RqBmON3OL3oWXBcQ2xN_Tckyewxn5gYsRRoW2Lgp0i_X8atoExG-8AVWMcGWOApifAPTRkN_Ay2RgargTRWJ4bvRwRrSLE2mS-ldOnorlxmJf2&__tn__=-R

 

Menurutnya, walaupun yang menjadi pesaing kepada BN ketika itu adalah calon bebas, namun disebaliknya terdapat satu pesanan daripada rakyat.

“Kemenangan besar di PRK Chini adalah ‘signal’ daripada rakyat, orang Melayu dan ahli UMNO-PAS yang mahu UMNO dan MN (Muafakat Nasional) kembali memimpin walaupun lawannya hanya calon bebas.

“Keahlian parti UMNO dan PAS hampir 5 juta orang manakala keahlian parti Bersatu tak sampai 100,000 orang.

“Lihatlah kepada parti besar seperti PKR dan DAP yang telah pajak gadaikan jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu. Akhirnya mereka yang kena gadai.

“Maka jika pemimpin tidak mampu fikir, bagi akar umbi yang fikirkan.

“Jangan apa yang terjadi kepada Pakatan Harapan terjadi kepada Muafakat Nasional.

BACA > Kerusi marginal peringatkan UMNO-Pas jangan mimpi indah-indah — Suara Merdeka

“Apatah lagi rakyat masih tertanya tanya Muhyiddin-Mahathir ini, kawan atau lawan,” jelasnya. – SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button