Jenayah

Sepasang kekasih ditahan, bayi lelaki ditemukan mati

BAYI lelaki ditemukan tidak bernyawa di tempat pembuangan sampah di sebuah kondominium di Bandar Baru, Klang, Semalam

Susulan dengan itu, bertindak di atas maklumat, polis tahan sepasang kekasih, seorang wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai suspek utama kejadian tersebut.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Daerah Klang Utara berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang lelaki memaklumkan penemuan itu kira-kira jam 3.05 petang, semalam.

“Sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian dengan kerjasama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi membantu siasatan” katanya

Sementara itu, pihak perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang hadir ke lokasi mengesahkan bayi lelaki yang dianggarkan berumur empat bulan itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

“Tangkapan ke atas kedua-dua suspek yang berumur 30-an dan 40-an itu dibuat di sekitar tempat kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan perintah tahanan reman bagi meneruskan siasatan,” katanya. – Berita Harian – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button