Nasional

Permit syarikat lori digantung setahun mulai hari ini

Permit syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak hingga menyebabkan seorang bayi maut, pada 29 Oktober lalu digantung selama setahun berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, lesen pemandu lori yang menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan itu juga turut digantung antara enam hingga lapan bulan juga berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mendapati lori di syarikat tersebut gagal dalam Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) yang dijalankan oleh JPJ dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Sebahagian daripada wakil media yang menyertai pertandingan menembak sempena Majlis Penghargaan Akademi JPJ Bersama Media di Lapang Sasar Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka.

“Kita baru dapat keputusan daripada JISA dan surat penggantungan sudah dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

“Keputusan menggantung permit syarikat lori berkenaan dibuat selepas mendapati kesalahan serius yang dilakukan oleh pemandu lori berkenaan dan kita gantung tidak kurang setahun atau lebih.

“Pemandu lori ini banyak kali melakukan kesalahan dan hasil pemeriksaan dia mempunyai 10 notis saman dan telah menjelaskannya namun kali ini kita gantung lesennya antara enam hingga lapan bulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penghargaan Akademi JPJ Bersama Media di Lapang Sasar, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi hantaran di Facebook beliau dua hari lalu berkata, JPJ dan APAD telah diarah mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori dan syarikat berkenaan.

Beberapa hari lalu, tular satu video kemalangan membabitkan lori dipercayai terlebih muatan merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di kawasan selekoh.

Selain rakaman video, luahan hati mangsa yang juga ketua keluarga menyentuh hati ramai pihak hingga ada meminta Anthony campur tangan.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 pagi membabitkan treler membawa muatan siling dan tiga kenderaan lain. Kemalangan juga menyebabkan seorang mangsa wanita berumur 31 tahun parah dan beberapa mangsa lain cedera ringan.

Menngulas lanjut, Zailani berkata, kejadian tersebut memberi satu impak besar buat JPJ yang akan lebih serius menangani masalah kenderaan komersial yang sering didapati melanggar peraturan membawa lebih muatan. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button