pilihanPolitik

Permatang Pauh dan Nurul Izzah berpisah tiada, takkan lepaskan walau untuk PRU-15

BAYAN BARU: “Kalau Lembah Pantai cinta pertama saya, Permatang Pauh cinta abadi saya” kata penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat hampir pasti akan kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi Permatang Pauh yang dipegangnya sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

“Sesiapa sahaja boleh bertanding (di Permatang Pauh), kita meletakkan merit pada rakyat, rakyat yang pilih.

“Bagi saya mana-mana kemenangan sekalipun, kita hanya boleh meletakkan rakyat sebagai hakim, pada saya mendasari kemenangan adalah rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam PKR Pulau Pinang, di sini malam Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan kemenangan Nurul Izzah di Permatang Pauh adalah berdasarkan merit atau legasi yang dibawa keluarga Anwar.

Mengulas lanjut Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan adalah kerana ia memberi kuasa kepada rakyat untuk memaksa pemimpin untuk menghormati mandat yang diberi rakyat.

Terdahulu, Anwar berkata, anaknya, Nurul Izzah kemungkinan besar kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15.

Mengulas spekulasi bahawa Nurul Izzah akan berpindah bertanding di Parlimen Ampang dan kerusi Permatang Pauh disandangnya bakal ditandingi Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, Anwar dalam nada berseloroh, berkata cadangan itu boleh dipertimbangkan.

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button