Nasional

Permasalahan bekalan elektrik di Sarawak selesai 2025-PM

KERAJAAN beriltizam untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan dengan bekalan elektrik di SarAwak. Untuk itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan telah membina stesen jana kuasa hidroelektrik ketiga di Sarawak, Baleh Hydroelectric Project (HEP) di pedalaman Kapit yang dijangka siap pada tahun 2025.

“Empangan ini berkapasiti 1,295 MegaWatt (MW) akan dapat menampung permintaan hidroelektrik di kawasan sekitar selain turut mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan setempat,” katanya.

Selaras itu, Ismail Sabri berkata, Kerajaan juga komited dalam menyelesaikan masalah banjir di Sarawak dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM15 bilion bagi tempoh lapan tahun iaitu dari tahun 2023 hingga 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Sempena Jelajah Keluarga Malaysia di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak, hari ini.

Perdana Menteri berkata, peruntukan di bawah RMK12 itu termasuk projek tebatan banjir di Sarawak untuk Rancangan Tebatan Banjir Sibu (Fasa 3) Lembangan Batang Rajang.

“Di bawah RMK12 juga, Kerajaan telah menetapkan sasaran sifar miskin tegar pada akhir tahun 2025 melalui Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang turut melibatkan negeri ini.

“Fasa pertama BMTKM di Bumi Kenyalang ini melibatkan empat lokaliti iaitu Gedong, Kampung Seberang Sebuyau, Kampung Spaoh dan Pakan,” ujar beliau.

 

Selain BMTKM, seramai 867,967 Keluarga Malaysia di Bumi Kenyalang telah menerima manfaat menerusi inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM745 juta.

“Ini membuktikan kecaknaan Kerajaan terhadap Keluarga Malaysia di negeri ini,” katanya. – SM

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button