Berita

Permaisuri Agong hadir santapan jubli perak Yayasan Sultanah Bahiyah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Santapan Amal 2022 Sempena Perayaan Jubli Perak Yayasan Sultanah Bahiyah’ yang diadakan di Grand Ballroom, Le Meridien Hotel Petaling Jaya pada jumaat malam.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga merangkap Pengerusi beserta Ahli-Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sultanah Bahiyah.

Dalam Persembahan Ucapan Tunku Temenggong Kedah kepada sekalian yang hadir memaklumkan bahawa majlis tersebut bertujuan menjana kewangan bagi membiayai program-program kebajikan Yayasan Sultanah Bahiyah.

Turut diadakan ialah Acara Penyampaian Replika Cek oleh para penyumbang utama yang budiman, Tayangan video “Sempena Perayaan Jubli Perak YSB” dan juga ‘Auction (Bidaan)’ untuk membantu manambah dana berupa jualan sebuah lukisan yang sungguh istimewa berjudul ‘Above The Sun’ berdimensi 152cm x 122cm yang dihasilkan oleh artisnya Leyla (art_byleyla).

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button