Nasional

PKP jika Covid-19 cecah tiga angka

Kerajaan akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan semula sekiranya kes positif COVID-19 melebihi tiga angka sehari.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan sekiranya kes jangkitan Covid-19 terus meningkat.

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

“Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat,” katanya.

“Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,” katanya pada sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab, Kelantan hari ini.-SM

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button