Nasional

Perlu dialog peradaban untuk kukuh hubungan Malaysia-China – Anwar

DIALOG peradaban perlu diangkat sebagai wadah dalam mewujudkan landskap kerjasama yang lebih utuh di masa hadapan antara Malaysia dan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun kerjasama ekonomi dan perdagangan menjadi teras kepada kerjasama akrab Malaysia-China, namun dialog peradaban perlu diangkat.

Katanya, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan turut menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan China buat julung kali, yang menggambarkan potensi kerjasama yang lebih luas, di samping terus memperkukuh hubungan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan oleh seluruh warga Malaysia dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan,” katanya ketika  hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi

Pada masa yang sama katanya sebagai negara berbilang kaum, budaya dan agama, saya tegaskan komitmen Malaysia untuk meraikan kepelbagaian dan kemajmukan budaya yang menjadi kekuatan negara ini sejak sekian lama.

“Malam tadi hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Sambutan bertaraf antarabangsa ini yang disebut sebagai Festival Musim Bunga di China, mencatat sejarah tersendiri tatkala Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama di luar China.

“Sebaik tiba, saya bersama pimpinan Malaysia dan China disambut dengan persembahan dron yang memaparkan kisah persahabatan Malaysia dan China yang penuh bersejarah.

:Ketika berucap, saya memetik bait-bait puisi nukilan Lu You, pemuisi Dinasti Song yang menggambarkan keutuhan persahabatan Malaysia dan China yang merentas zaman serta melangkaui pelbagai rintangan dan cabaran.

“Meskipun kerjasama ekonomi dan perdagangan menjadi teras kepada kerjasama akrab Malaysia-China, saya tekankan bahawa dialog peradaban perlu diangkat sebagai wadah dalam mewujudkan landskap kerjasama yang lebih utuh di masa hadapan.

“Sebagai negara berbilang kaum, budaya dan agama, saya tegaskan komitmen Malaysia untuk meraikan kepelbagaian dan kemajmukan budaya yang menjadi kekuatan negara ini sejak sekian lama.

“Sempena kepengerusian Malaysia tahun ini, ASEAN akan turut menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan China buat julung kali, yang menggambarkan potensi kerjasama yang lebih luas, di samping terus memperkukuh hubungan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan oleh seluruh warga Malaysia dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan,” kata Anwar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button