Agama

Perlis Tidak Terikat MKI, tetapi sertai

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah bahawa Perlis buat masa ini kekal menyertai Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) namun tidak terikat kepada sebarang keputusan yang dikeluarkan sama ada dari sudut pengurusan atau muzakarah yang dikeluarkan.

Baginda bertitah, selari dengan peruntukan yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan, kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu berkaitan Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu telah dinyatakan dalam jadual ke sembilan Perlembagaan.

Demikian titah Tuanku Raja menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika baginda berkenan berangkat menerima sembah mengadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad di Kangar pada malam semalam.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Mufti Perlis, Dato’ Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam hubungan itu, Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa pihak MAIPs sentiasa mengutamakan prinsip syura dan adab dalam setiap tindakannya serta meneliti dengan hikmah sewajarnya sebelum berunding dan memutuskan sesuatu keputusan dasar hal ehwal Islam di negeri Perlis.

“Selari dengan peranan MAIPs yang membantu menasihati DYMM Tuanku Raja Pemerintah dalam hal ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu, MAIPs sentiasa komited menjalankan tugas murni ini, demi kemaslahatan dan kesejahteraan ummah,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Foto ihsan MAIPs

(Visited 1,116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button