Nasional

Perdana Menteri ziarah Menteri Agama di hospital

PERDANA MenteriI, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar  yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan kecil.

“Saya sempat ziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Mohd Na’im Mokhtar yang baharu sahaja jalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

“Alhamdulillah, keadaan beliau beransur pulih dan saya doakan agar beliau lekas sembuh, Insya-Allah,” kata Anwar dalam perkongsian di platform X. – SM

(Visited 24 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button