Jenayah

Lelaki didakwa bunuh anak teman wanita berusia tiga tahun

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membunuh anak teman wanitanya berusia tiga tahun.

Tertuduh, Muhammad Firman Hakimie Abdul Rahman, 25, mengangguk ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan kematian Muhammad Dayyan Mikail Mohamad Razihan, di sebuah rumah di PE 15, Taman Paya Emas, Cheng, di sini pada 6 Julai lalu antara 5:30 pagi dan 6:30 pagi. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan. Terdahulu, Wardah meminta tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan bedah siasat mangsa.

Pihak pembelaan memaklumkan mahkamah akan menghantar surat permohonan kepada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh menjalani pemeriksaan mental, yang sebelum ini dibangkitkan semasa permohonan reman.

Pihak pembelaan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guam mereka mengadu dipukul dan ditampar oleh anggota polis semasa dalam tahanan dan sebaik tiba di mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan baharu kes itu pada 23 Ogos.

Sementara itu, dalam prosiding di Mahkamah Sesyen 3, ibu kepada kanak-kanak itu, Nurasyiqin Syaqiqah A Ramlee, 24, yang juga wakil jualan penapis air, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 .

Tertuduh yang merupakan ibu kandung kanak-kanak itu didakwa mengabaikan atau mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin mendatangkan kecederaan fizikal atau emosi, atau membenarkan mangsa didera dengan menyerahkan kanak-kanak itu kepada Muhammad Firman Hakimie. -SM

Baca juga : Penyelam Pandelela terlepas tiket Olimpik Paris

 

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button