Nasional

AMK PKR- Pemuda Amanah masih tidak sebulu, gagal sepakat pilih pemimpin

PEMBANGKANG nampaknya masih gagal untuk memilih pemimpin mereka apabila Ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ketua Pemuda Amanah Tanjong masih tidak sebulu dengan keputusan yang dibuat.

Pada 21 Ogos lalu, Ketua Pemuda Amanah Tanjong, Faruk Abdul Rahman berkongsi pandangan dengan Ketua Amanah Bukit Bintang Ahmad Asri Talib sebelum ini yang mendesak kepimpinan parti menukar ketua pembangkang yang baru dan mewujudkan PH Plus.

Ternyata kenyataan itu mendapat tentangan daripada AMK Pulau Pinang.

“Beliau seolah-olah lupa bagaimana Pakatan Harapan yang telah mendapat mandat Rakyat diruntuhkan melalui pengkianatan dan sikap penting diri Perdana Menteri ketika itu yang meletakkan jawatan tanpa berbincang dengan ketua-ketua Parti dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Perletakkan jawatan Perdana Menteri ketika itu telah membuka ruang seluas-luasnya kepada pihak lawan untuk mencadangkan nama lain bagi memenuhi kerusi Perdana Menteri yang telah dikosongkan oleh Tun Dr. Mahathir.

“Kami bukan mengungkit perkara yang telah berlalu tetapi sekadar mengingatkan beliau bagaimana runtuhnya kerajaan yang dipilih rakyat,” kata beberapa pemimpin muda PKR dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikonsi bersama oleh Ketua AMK Kepala Batas, Zainuddin Mohamed, Muhammad Adzlan Azhar (Balik Pulau); Muhammad Zakwan Mustafa Kamal (Tasek Gelugor); Ong Jing Cheng (Bukit Mertajam) dan Pengerusi Biro Pendidikan AMK Malaysia, Ammar Muhammad Pauzi.

Menurut kenyataan itu lagi, jika benar individu yang dicadangkan oleh beliau untuk menerajui Pakatan Harapan itu benar-benar serius untuk menerajui kepimpinan Pakatan Harapan tidak mungkin individu tersebut mengambil keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu.

“Tidak dinafikan seluruh keluarga Pakatan Harapan amat menginginkan sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membolehkan Pakatan Harapan kembali mentadbir negara.

“Namun beliau harus ingat, usaha ini bukan hanya terletak di atas bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim seorang tetapi usaha ini dibincangkan serta digerakkan melalui kesepakatan yang dicapai melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Walaubagaimanapun, adalah tidak adil jika beliau melihat kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen sebagai sebuah kegagalan yang memerlukan Pengerusi Pakatan Harapan ditukar.

“Kami berpandangan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau adalah tidak sihat dan tidak membawa keuntungan kepada Pakatan Harapan malah mengeruhkan lagi keadaan,” jelasnya. -SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button