AgamaNasional

Perlis laksanakan lagi solat sunat Aidilfitri di tanah lapang

PERLIS bakal meneruskan lagi pelaksanaan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di kawasan tanah lapang pada tahun ini.

Difahamkan sejak pandemik Covid-19,  sudah dua kali solat hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha pada tahun lalu dilaksanakan di kawasan tanah lapang.

Pengumuman oleh Raja Muda Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setelah diperkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selaku Ketua Agama Negeri Perlis.

Dalam kenyataan baginda, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, solat Aidilfitri kali ini digalakkan untuk dilaksanakan di kawasan tanah lapang mulai pukul 8 pagi.

Titah baginda, pemilihan tanah lapang itu juga tertakluk kepada Jawatankuasa Kariah masjid masing-masing.

“Pelaksanaan ini juga selaras dengan Sunnah Baginda Rasulullah SAW selain dapat mengurangkan kadar jangkitan berbanding dengan tempat tertutup,” titah baginda.

Baginda bertitah, jemaah diminta terus memakai pelitup muka.

Tambah baginda, saf solat berjemaah juga dirapatkan.

“Jemaah boleh bersalaman tetapi pastikan tidak menyentuh muka selepas itu dan pastikan tangan dicuci,” titah baginda.

Bagaimanapun titah baginda, mana-mana surau atau dewan orang ramai kekal tidak boleh laksana solat Aidilfitri tanpa kelulusan pihak berkuasa Agama. – SM

(Visited 595 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button