NasionalNegeri

Raja Permaisuri Agong: PPPM contoh kepimpinan kekalkan kelestarian alam

Raja Zarith Sofiah dan Tuanku Tengku Fauziah disambut meriah semasa berangkat ke majlis penutup sambutan Hari Peringatan Sedunia 2024 PPPM peringkat kebangsaan di Dewan 2020.

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) boleh menjadi contoh dalam kepimpinan bagi mengekalkan kelestarian alam agar rakyat dapat hidup dalam suasana yang sempurna dan mendamaikan.

“Sebagai persediaan bagi masa hadapan, perlu dipastikan anak-anak kita terus dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dalam menangani isu semasa selain cabaran dialami serta masalah mengenai alam sekitar.

Tuanku Tengku Fauziah disambut Dr Wan Azizan semasa berangkat ke majlis penutup sambutan Hari Peringatan Sedunia 2024 PPPM peringkat kebangsaan di Dewan 2020.

Baginda bertitah, usaha perlu diteruskan atau dipertingkat sekiranya perlu dalam menerapkan kepada setiap ahli Pandu Puteri untuk belajar dan mempraktikkan kelestarian alam.

Titah Baginda, pemimpin Pandu Puteri dapat membimbing ahlinya dengan mengikuti program Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) serta pelbagai program lain yang memberi manfaat dan pengalaman berkesan bagi membantu membina sahsiah ahli PPPM berpandukan nilai-nilai murni.

“Semoga kegiatan persatuan membantu melahirkan ahli-ahli yang mempunyai disiplin tinggi dan akhlak terpuji dalam usaha kita melahirkan generasi berwibawa yang bakal menjadi tonggak kepada kepimpinan negara pada masa hadapan,” titah Seri Paduka Baginda.

Raja Zarith Sofiah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan majlis penutup sambutan Hari Peringatan Sedunia 2024 PPPM peringkat kebangsaan di Dewan 2020 di sini hari ini.

Berkenan berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Raja Zarith Sofiah dan Tuanku Tengku Fauziah berkenan berangkat masuk ke majlis penutup sambutan Hari Peringatan Sedunia 2024 PPPM peringkat kebangsaan di Dewan 2020.

Turut hadir di majlis penutup sambutan yang bertemakan ‘Our World, Our Thriving Future’ itu isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk Yeoh Soo Keng. – SM

BACA Raja Permaisuri Agong rasmi WTD 2024, Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Perlis

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button