NasionalParlimen

Buat ‘flip-flop’ bantu rakyat, bukan bebankan rakyat!

“Kalau pun ‘flip-flop’ untuk bantu rakyat saya akan ‘flip-flop’, buat apa tidak mahu ‘flip-flop’ tetapi bebankan rakyat,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat dalam menjawab kritikan pembangkang dengan menegaskan beliau tiada masalah “meneruskan keputusan flip-flop” jika tindakan itu memanfaatkan rakyat.

KERAJAAN Perpaduan membantu rakyat Malaysia Madani untuk meringankan beban, bukan menambah beban. – GAMBAR SM – GAMBAR HIASAN

Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) berkata, Anwar membuat keputusan “flip-flop” dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mengekalkan subsidi untuk ayam dan telur.

Dalam pencerahannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, biasiswa JPA bagi pelajar perubatan, pergigian atau farmasi diteruskan selepas beliau mendengar maklum balas menerusi mesyuarat dipengerusikannya minggu lalu.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan di Dewan Rakyat., – GAMBAR IHSAN PENERANGAN

“Keputusan meneruskan subsidi dibuat atas kapasiti sebagai saya sebagai Menteri Kewangan selepas menerima permohonan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup.

“Keputusan asal habis Jun. Itu keputusan lama. Jadi, kementerian hanya umumkan keputusan, rujuk kepada Menteri Kewangan, saya kata, sambung.

“Apabila dimaklumkan kepada saya, diteliti balik, ini akan membebankan rakyat. Hari Raya Haji dah dekat, kita tolonglah rakyat,” katanya. -SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button