Nasional

Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya di 4 negeri

JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya akan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada hari ini. Amaran tersebut dikeluarkan pada jam 4:45 pagi, 31 Disember 2021.

Amaran hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan meliputi jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Untuk negeri Pahang, hujan lebat juga dijangka melanda Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta daerah Mersing dan Kota Tinggi di negeri Johor.

Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) turut meramalkan akan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan yang diramalkan akan menerima hujan lebat tersebut. Beberapa Kawasan di Kelantan dan Terengganu diramalkan banjir bermula malam semalam. Risiko banjir diramalkan juga di beberapa daerah di negeri Pahang dan Johor.

Sehubungan itu pihak Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat negeri atau daerah perlu di aktifkan serta meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku. – SM

(Visited 575 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button