Politik

Puteri ada aset, jangan sia-siakan aset Puteri!

PERSIDANGAN Puteri UMNO pagi ini mengingatkan semua pihak bahawa sayap muda ini mempunyai aset yang tidak seharusnya dipersia-siakan.

Aset Puteri kalau disiak-siakan adalah satu kerugian kepada UMNO sekiranya parti ini mahu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Itulah antara ucapan dasar Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan dihadapan lebih 900 ahli dalam dewan di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pagi ini.

Zahida dalam ucapannya turut menyentuh tentang stragegi pembunuhan karektor yang menjadi makanan parti lawan.

“Mereka menyerang dengan langkah pembunuhan karektor dan kita pula tidak ada penembak tepat.

“Kita pula, apa yang kita buat selepas menang pada PRN Melaka dan Johor?

“Kita banyak membuat percaturan, siapa orang dia, siapa orang kita,” katanya penuh makna.

Zahida dengan lantangnya berkata, kemenangan di Melaka dan Johor bukan satu jaminan untuk meneruskan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang baharu berlalu.

Katanya lagi, apabila pihak lawan berjaya membina naratif kebencian dan kemusnahan terhadap UMNO, rakyat terima.

“Naratif negatif ini memusnahkan kita dan walaupun jatuh bangun dalam perjuangan itu sebagai satu lumrah, kita mesti hormat akan kemahuan rakyat,” ujarnya.

Merujuk kepada PRU14 dan PRU15, maruah UMNO tercemar dengan pelbagai tohmahan dan persepsi buruk dilemparkan kepada parti iti, kata Zahida.

“Pelbagai gelaran buruk kita terima dan kita dimarahi kerana tidak mahu bersama mereka.

“Menghormati titah Raja yang mahukan pembentukan kerajaan yang stabil dan berada di luar kerajaan, bukan pilihan kita.

“Kita bukannya sertai Pakatan Harapan (PH) tetapi bersama GRS dan GPS, kita bentuk Kerajaan Perpaduan supaya pelabur tidak terus menjauhkan diri dan UMNO terus relevan,” katanya. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button