Nasional

Enggan guna jejantas, wanita cedera dirempuh motosikal

KEMUDAHAN jejantas telah disediakan untuk menyeberang jalan dengan selamat tetapi masih terdapat segelintir pejalan kaki enggan menggunakannya.

Perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri termasuk pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal.

Semalam, seorang wanita cedera selepas dirempuh motosikal semasa melintas jalan di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah pusat beli belah.

Dipercayai, berhampiran tempat kemalangan telah disediakan jejantas tetapi wanita itu melintas menggunakan jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asistem Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, penunggang motosikal yang sedang bergerak melalui lorong sebelah kanan telah melanggar pejalan kaki yang melintas jalan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi.

“Akibat kemalangan itu, pejalan kaki tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Besar, Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

“Penunggang motosikal itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Kaedah 45 LN166/59,”katanya.

Dalam pada itu, Sarifudin berkata, pejalan kaki terbabit juga boleh dikenakan tindakan saman mengikut Peraturan-peraturan Trafik 1959 kaedah 45 LN166/59 iaitu peraturan untuk pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas.

Beliau berkata, dalam kes tersebut, jejantas pejalan kaki sudah disediakan dan terletak kira-kira tujuh meter dari lokasi kemalangan.

“Sebahagian pengguna lalu lintas lebih suka mengambil jalan mudah dengan melintas menggunakan jalan raya walaupun risiko pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas adalah merbahaya dan boleh mengundang kematian,” katanya. -SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button