Nasional

Perkukuh dagangan dua hala, Malaysia dan Brazil bincang masa depan jagung bijian

Jagung bijian atau Grain Corn adalah antara topik utama dalam perbincangan Malaysia dan Brazil bagi memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian.

Ia dibincangkan dalam pertemuan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Duta Besar Brazil di Malaysia, Ary Norton De Murat Quintella, di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS)

“Malaysia sentiasa mengalu-alukan sokongan dan kerjasama yang baik daripada Brazil dalam meningkatkan keupayaan sumber makanan negara,” menurut MAFS, dalam kenyataan, yang dikeluarkan sempena pertemuan itu.

Malaysia turut mengalu-alukan kerjasama baik Brazil melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam teknologi pertanian terutamanya dalam meningkatkan pengeluaran bijirin jagung, industri tanaman yang berpotensi, industri kelapa dan juga teknologi akuakultur, katanya.

Brazil adalah merupakan rakan dagang Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan pertaniannya.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022, nilai import produk pertanian dan makanan daripada Brazil adalah sebanyak RM4.32 bilion.

Selain daripada produk bijirin dan makanan ternakan, Malaysia turut mengimport daging daripada Brazil.

— BERNAMA

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button