Hiburan

Heliza Helmi dijangkiti Covid-19, nak bangun pun tak mampu

PENYANYI, Heliza Helmi memberitahu yang dia antara individu yang dijangkiti Covid-19 pada November lalu dan sudah disahkan bebas daripada penyakit itu.

Malah, bukan Heliza sahaja, adiknya iaitu Hazwani juga turut dijangkiti penyakit tersebut.

Berkongsi pengalamannya, penyanyi lagu Doa Dalam Lagu itu mengakui dijangkiti Covid-19 adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

“Kami mula dirawat pada November 2020 dan dibenarkan untuk pulang ke rumah pada 1 Januari lalu. Sakit yang tak pernah dirasa sebelum ini.

“Masa kena Covid-19, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang dah.

“Hampir semua simptom Allah bagi rasa. Alhamdulillah hari ini Allah masih pinjamkan nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, Heliza turut merakamkan penghargaan terhadap petugas barisan hadapan sepanjang dia dirawat.

Jelasnya, mereka melihat bagaimana ambulans hadir terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai dan petugas hadapan pula macam tak pernah rehat.

“Setiap waktu akan ada pengumuman. Pukul 2 pagi, 3 pagi, 5 pagi. Kita kena sentiasa bersedia nama kita dipanggil.

“Di situlah jelas nampak bagaimana pengorbanan petugas barisan hadapan terlalu besar. Saya sendiri rasa sebak,” jelasnya.

Selain Heliza, beberapa selebriti yang turut dijangkiti Covid-19 menjadi tumpuan antaranya Aliff Satar, Emma Maembong dan Roy. -SM

(Visited 1,350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button