Nasional

Perkhidmatan LRT terkandas, jangan jadi lagi – PM

DALAM tempoh Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, sudah dua kali perkhidmatan LRT terganggu sehinggakan menyusahkan para pengguna perkhidmatan rel ringan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ketika ditanya tentang masalah perkhidmatan tren LRT yang menimbulkan kesulitan kepada para pengguna atau penumpang baru-baru ini berkata, isu itu merungsingkan beliau kerana ia berlaku dalam waktu berkempen.

Apatah lagi rakyat akan mengundi pada 19 November ini yang mana, undi awal, 15 November, katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menyiasat punca kerosakan dan juga menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Kita tahu bahawa 15 haribulan ini ialah hari kakitangan kerajaan, penjawat awam untuk mengundi awal. Kita harapkan kerosakan siap dan selesai esok,” katanya ketika ditemui pemberi di Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Tengah Batu Papan, Bera, Pahang, hari ini.


Kata calon Parlimen Bera itu lagi, satu jawatankuasa akan diwujudkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan agar melihat secara keseluruhan punca berlakunya kerosakan.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku lagi kerana dalam masa beberapa bulan, masalah kerosakan LRT berlaku.

“Nanti dalam masa beberapa bulan lagi, kita tidak mahu perkara yang sama berlaku. Oleh itu, pasukan teknikal Rapid Rel telah pun dimaklumkan.

“Jawatan kuasa yang ditubuhkan itu, seperti yang saya katakan, adalah untuk menyiasat selain daripada usaha sedang dilakukan untuk menyelesaikan isu ini.

“Kita mahu ia pulih dan LRT laluan ke Kelana Jaya dapat beroperasi seperti biasa,” katanya. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button