Rencana

Keluhan seorang pesara doktor

RAMAI yang tidak sedar apabila mereka dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan pihak lain.

Daripada meredakan keadaan bagi menfokuskan kepada pengurusan wabak ramai yang terus mendesak kerana inilah masa yang terbaik utk mendesak.

Yang menjadi mangsa ada pesakit, yang akan lumpuh adalah sistem kesihatan dan yang akan cacat adalah nama profesyen kedoktoran.

Yang hebat adalah jururawat dan pembantu perubatan sebab mereka akan terus bekerja dan menjaga pesakit.

Yang hebat adalah atenden atenden dan pak cik, mak cik cleaners yang terus bekerja dengan gaji kecil dan sedikit.

■ Rakyat tidak tahu allowance covid berjuta kerajaan belanjakan.

■ Rakyat tidak tahu kerajaan belanja lebih 2 billion tampung gaji perjawatan baru doktor kontrak.

■ Rakyat tidak tahu kerajaan tanggung berbilion tingkat skim gaji fleksi doktor.

■ Rakyat tidak tahu doktor boleh buat lokum dan dapat gaji penuh dari kerajaan dan suroh pesakit pergi swasta sedangkan mereka yang sama juga yang membedah dan merawat.

■ Rakyat tidak tahu berbillion yang kerajaan belanjakan kerana nak melatih doktor dan menangung kos saman kerana kesilapan doktor.

■ Dan Rakyat tak tahu bahawa Hospital Swasta menjadi sebab ramai Doktor-doktor Pakar kerajaan beralih kerana umpanan pendapatan yang tinggi dan beban kerja yang rendah dan meraut untung dari pesakit dan dari syarikat insuran sehingga menyebabkan premium insuran semakin mahal utk rakyat berpendapatan rendah mampu.

Maka, teruskanlah dengan niat Hitam kamu kerana sekarang Rakyat akan tahu betapa hitamnya hati yang dikatakan bersih itu.
………………………………………………

Tak payah cakap ikut SOP kerana nak tunjuk beretika. Kalau tinggalkan pesakit maknanya tak beretika lah tu.

Dimanakah etika seorang doktor. Dari kajian saya mereka ini ada dinasihati oleh kumpulan tertentu supaya mengunakan keadaan untuk meningkat kegagalan kawalan wabak.

Saya sebagai Doktor amat bersimpati dengan mereka tapi saya tidak setuju dengan walk out walaupun saya akan jadi Pariah dalam profesyen saya yang saya rasa sudah mula hilang integritinya.

Segala luahan amat menekankan faktor emosi yang meraih simpati daripada berpandukan pada fakta.

Kita tingkatkan kebaikan usaha baik YBM Kesihatan dan pengumuman PM berkaitan langkah interim.

DOKTOR-DOKTOR YANG MAHU LAKUKAN WALK-OUT ESOK :

(i). Tidak bersyukur atas prihatin kerajaan kerana mengujudkan 23,000 perjawatan baru yang mereka sandang selama 5 tahun bagi membolehkan mereka mendapat pendaftaran penuh dan membantu mereka selama ini.

(ii). Mereka merupakan pelajar-pelajar perubatan baru, yang mungkin tidak dapat menjalani housemanship kerana doktor kontrak tidak beraleh kerja ke sektor swasta dan pihak hospital swasta tidak mahu mengajikan doktor muda. Hospital Swasta hanya berminat dengan Doktor yang berpengalaman dan pakar sahaja.

(iii). Mereka lupa usaha baik Kerajaan utk mengkaji sistem kesihatan secara menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang.

(iv). Di mana Etika Doktor-Doktor ini di dalam melakukan walk-out pada hari Isnin ini, ketika keadaan pesakit amat memerlukan mereka. Kenapa Jururawat-jururawat kontrak dan pekerja-pekerja kontrak lain tidak melakukan walk-out atau berdemo.

INI ADALAH PANDANGAN IKHLAS SAYA,

Doktor Bersara.
Berkhidmat Demi Negara, Bangsa dan Agama.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button