Politik

Perkhidmatan Charles Santiago sebagai Pengerusi SPAN ditamatkan

PERKHIDMATAN Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah ditamatkan pada 10 April lalu.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Ahli Parlimen Klang dari DAP itu berkata, beliau menerima surat penamatan perkhidmatan berkenaan hari ini.

Surat penamatan tersebut ditandatangani oleh Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Charles Santiago dilantik ke jawatan tersebut oleh bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar pada 1 November 2018.

Pelantikan itu berkuat kuasa selama dua tahun dan sepatutnya tamat pada 31 Oktober ini. -SM

 

(Visited 1,021 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button