Politik

Dr. M vs Anwar: Khalid Samad tak mahu tambah musuh

AHLI Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad tidak akan menjadikan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai lawan.

Katanya, sudah cukup untuk beliau menyerang untuk Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Pas dan UMNO sahaja tanpa menambahkah musuh.

Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata demikian berikutan terdapat pihak yang mendakwa dia hanya senyap apabila bekas Dr. Mahathir mengkritik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tun atau orangnya kritik DSAI, atau DSAI atau orangnya kritik Tun memang dua-dua tindakan saya tak sokong.

“Tiada manfaat kecuali mengukuhkan Muhyiddin dan Azmin. Saya terus serang MY, AA, PAS dan UMNO. Cukup dah lawan saya. Tak perlu tambah lawan. Laga-laga antara kita kerja PN,” tegas Khalid di Twitter.

Beliau membalas ciapan seorang pengguna Twitter bernama Rashid Yusof yang mengkritiknya kerana berdiam diri selepas Dr. Mahathir dilihat ‘menyerang’ Anwar.

“Khalid Samad masih dalam gua macam biasa bila Atok cari gaduh dengan Anwar.

“Dia tak keluarkan dalil “berkawan dgn semua” bila Atok serang Anwar. Aku tag @KhalidSamad tenguk apa respon?  Paling kuat loyar 7 undi meroyan di FB jer,” ciap Rashid Yusof.

Media sebelum ini melapoarkan, Ahli Parlimen Langkawi itu berpendapat Anwar tidak berupaya untuk menjadi seorang perdana menteri.

Dr. Mahathir mendakwa, kebolehan Ahli Parlimen Port Dickson itu menerajui negara telah diuji pada ketika itu apabila dilantik memangku jawatan perdana menteri bagi menggantikan beliau yang bercuti selama dua bulan.

Menurutnya, pendekatan yang ingin diambil Anwar dalam menangani krisis berkenaan tidak akan memulihkan kewangan negara.

“Dia suka menurut apa yang dicadangkan dan disarankan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Saya pernah berkata kepadanya, kalau kita ikut mereka, negara mungkin tidak ada dana yang cukup untuk membayar gaji tetapi dia masih terus dengan pendiriannya menyokong IMF dan Bank Dunia.

“Sebab itu saya terpaksa mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dan merancang pendekatan untuk memulihkan semula negara,” katanya dalam video wawancara bersama The Malaysia Insight yang dimuat naik di saluran YouTube.

Dalam wawancara itu Dr Mahathir turut berkata, beliau tidak tahu bagaimana penilaian yang mungkin dibuat oleh rakyat terhadap Anwar bagi menerajui negara.

Namun menurutnya, secara jelas dalam krisis kewangan 1997 hingga 1998, Anwar tidak berkeupayaan.

“Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada beliau mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik,” ujarnya.-SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button