Luar Negara

Perkasa sistem pengangkutan terima jemaah haji

BAGI menerima kedatangan 30 jemaah haji dan umrah setiap tahun menjelang 2030, kerajaan Arab Saudi umum beberapa inisiatif dan strategi memperkasa sistem pengangkutan dan khidmat logistiknya sebagai persediaan.

Antara inisiatifnya adalah membangungkan indeks kesalinghubungan antara lapangan terbang domestik dan lapangan terbang utama dengan menawarkan akses ke 250 lagi destinasi penerbangan antarabangsa melalui beberapa projek bersasar – Kementerian Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi

Kementerian akan turut memberi tumpuan kepada meningkatkan kapasiti operasi Kereta Api Laju ‘Bullet Train’ Al Haramain selain aliran trafik di pelabuhan domestik.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kementerian sama melaporkan kerangka strategi pemerkasaan ini telah digariskan Putera Mahkota Arab Saudi Muhammed Bin Salman dan perinciannya dibentang wakil kementerian semasa Persidangan Antarabangsa Perkhidmatan Haji dan Umrah baru-baru ini.

Justeru kerajaan Arab Saudi kini giat dalam usaha meningkatkan kapasiti rangkaian jalan utama dan paling sibuk iaitu Lebuhraya Madinah-Mekah. – Bernama – SM

(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button