Uncategorized

Perkahwinan, cerai di larang di Dubai untuk sekat Covid-19

PERKAHWINAN mahupun penceraian di larang buat masa ini di Dubai sehingga diberitahu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Langkah itu diumumkan oleh Jabatan Keadilan pada Rabu, merupakan antara usaha untuk mengawal penularan pandemik yang setakat ini sudah membabitkan 2,659 jangkitan dan 12 kematian di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Al Jazeera Hakim Khaled al-Hawsni dari mahkamah keluarga juga berkata, pasangan yang sudah melengkapkan proses rasmi untuk perkahwinan tidak dibenar mengadakan majlis kahwin walaupuan dalam kalangan saudara mara mereka ketika krisis ini.

Pada Selasa, mahkamah di Dubai memutuskan untuk menggantung sebarang perkhidmatan perundangan yang berkaitan dengan kekeluargaan berdasarkan perundangan Islam,

Dubai yang merupakan salah satu wilayah yang membetuk UAE, kini menghentikan semua aktiviti termasuk pusat membeli-belah terkemukanya dan juga hotel-hotel.

Semua penduduk sama ada tempatan atau rakyat asing yang tidak ada kaitan dengan perkhidmatan penting memerlukan permit jika mahu keluar dari rumah mereka.

Ekoran peningkatan mendadak dalam jumlah kes Covid-19, UAE memanjangkan lagi perintah berkurung yang mula diperkenalkan pada 26 Mac untuk membolehkan proses nyah cemar dilakukan di seluruh negara.

Pada Isnin, penerbangan rasmi UAE, Emirates dan Etihad menyambung semula perkhidmatan mereka tetapi dengan kadar yang terhad, dua minggu selepas pihak berkuasa menguatkuasakan larangan penerbangan untuk memerangai wabak itu.

Penerbangan itu dibuka kepada warga negara asing yang mahu meninggalkan UAE, tetapi tidak ada penumpang dari luar dibenarkan masuk.

 

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button