Luar Negara

Kejadian letupan di Beirut: 16 pekerja pelabuhan ditahan, 18 lagi disoal

ENAM belas pekerja Pelabuhan Beirut ditahan pihak berkuasa Lebanon semalam susulan kejadian letupan besar yang berlaku Selasa lalu, meragut sekurang-kurangnya 135 nyawa dan hampir 5,000 orang lagi cedera.

Kenyataan mahkamah tentera yang disiarkan Agensi Berita Nasional (NNA) pula menyebut, pekerja berkenaan ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan sejak kejadian letupan itu berlaku.

Keterangan turut diambil daripada 18 pekerja lain termasuk pegawai lembaga eksekutif pelabuhan, pihak berkuasa kastam, kakitangan penyelenggaraan dan pekerja di gudang No 12 bagi membantu siasatan.

Turut dilaporkan, puluhan lagi mangsa masih hilang dalam kejadian tersebut.

Menurut kenyataan kerajaan, letupan itu perpunca daripada amonium nitrat yang disimpan di gudang di pelabuhan Beirut.

Siasatan masih berjalan dan hasil siasatan akan diumumkan dalam masa lima hari lagi. – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button