Politik

PM-9: Mat Sabu kecil hati, terguris

PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu menzahirkan rasa kecil hati dan terguris beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, beliau kecil hati dan terguris kerana Pakatan Harapan yang memperoleh mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 tidak memperoleh mandat tersebut semula.

Saya mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri.

“Walaubagaimanapun saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula. Mungkin rakyat melihat proses pilihanraya itu telah menjadi sia sia,” katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar proses demokrasi berparlimen diperteguhkan semula.

Katanya, rakyat perlu diyakikan bahawa ‘Peristiwa Shareton Move 2020’ tidak akan berulang pada masa hadapan.

“Kalau ianya berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang.

“Untuk memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan. Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan,” kata Mohamad.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini perkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Pelantikan itu dibuat selepas Majlis Raja-Raja melangsungkan persidangan khas bagi membincangkan pelantikan perdana menteri yang baharu susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Ismail Sabri dipilih selepas menerima sokongan majoriti daripada 114 ahli Parlimen menewaskan calon perdana menteri Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.-SM

(Visited 773 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button