Belang Bertempat

Perjanjian syaitan, akhirnya Zahid pecah lubang

SEBELUM ini Zahid Hamidi bermati-matian menafikan terdapat perjanjian semua calon BN supaya patuh kepada kehendaknya, akhirnya dia yang pecah lubang ia memang wujud.

Selepas 20 ahli parlimen BN menyokong Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan bersama-sama PN, GPS dan GRS, Zahid menjadi gelabah.

Zahid bersama-sama 9 ahli parlimen dikatakan mahu menyokong jajaran baharu iaitu bergabung deng PH bagi membentuk kerajaan menyebabkan BN berpecah kepada dua blok.

Zahid mengugut akan mengambil tindakan terhadap 20 ahli parlimen yang tidak menyokongnya dengan memecat mereka dan pada pandangannya akan menyebabkan terbatal kemenangan ahli-ahli parlimen berkenaan.

Ini bermakna pada pandangan Zahid 20 pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

ZAHID HAMIDI TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG ANTI-LOMPAT PARTI

Undang-Undang Anti Lompat Parti memberikan peruntukan undang-undang untuk menghukum mana-mana Ahli Parlimen yang melompat parti setelah dipilih dan menang bertanding dalam PRU ke 15.

 Tetapi, terdapat dalam peruntukkan undang-undang tersebut, menyatakan bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang dipecat oleh partinya (kerana tidak mahu ikut cakap Presiden UMNO), tidak bermakna Kerusi Parlimen mereka kosong.

Mereka secara individu, bebas untuk menyokong mana-mana individu lain di dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri Negara yang ke 10.

Ini disahkan oleh Pakar Undang-Undang Perlembagaan Negara, Prof. Dr. Shamrahayu Abd.Aziz semalam didalam satu wawancara dengan Astro Awani.

Presiden UMNO sudahlah tidak tahu undang-undang Anti Lompat Parti secara detail. Lagi mahu jalinkan kerjasama politik dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

Bagaimanapun risikan maklumat mendapati kini Zahid keseorangan kerana 29 ahli parlimen BN sudah menandatangani surat sokongan Muhyiddin sebagai PM.

APA MKT UMNO PERLU BUAT?

Selepas melihatkan sikap Zahid dengan jelas mahu melanggar usul perhimpunan agung UMNO yang lalu menetapkan tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP, mereka harus memecat Zahid selaku presiden dan menyerahkan kepada Mohamad Hasan menguruskan parti sehingga pemilihan tahun depan.

UMNO harus berani membersihkan dirinya. Penolakan pengundi pada Sabtu lalu kerana mereka faktor tersebut. Selain Zahid para “penjilatnya” juga perlu dibersihkan.

 

 

 

 

(Visited 2,346 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button