Nasional

Pekerja MYAirline diminta segera fail tuntutan baki gaji

SUSULAN penggantungan syarikat penerbangkan MYAirline pada 12 Oktober, bulan lalu, kakitangan syarikat penerbangan itu yang terjejas diminta memfailkan tuntutan baki gaji mereka di pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhampiran dengan segera.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataannya memaklumkan, prosedur berkenaan perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras peruntukan undang-undang.

Menurut KSM dalam kenyataannya, seramai 123 pekerja memfailkan tuntutan baki gaji mereka terhadap MYAirline di JTK setakat 31 Oktober lalu dan KSM juga mengadakan sesi pertemuan dengan mereka yang terlibat pada 16 Oktober lalu.

“KSM prihatin dengan situasi dihadapi oleh kakitangan syarikat penerbangan MYAirline.

“KSM bersama JTK akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan para pekerja syarikat penerbangan ini sentiasa terjaga dan terbela,” menurut kenyataan itu.

Penggantungan operasi MYAirline yang dikatakan ekoran tekanan kewangan turut menimbulkan persoalan dalam kalangan lebih 500 kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung status perkhidmatan mereka dalam syarikat berkenaan yang memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Disember tahun lepas.

Pada 16 Oktober lalu, Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline, Azharuddin A Rahman dilaporkan berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan yang membuat pembayaran bagi tempahan tiket dan membayar gaji kakitangan. – SM

BACA Polis mengesahkan penahanan pengasas MYAirline bersama isteri dan anak lelaki

 

(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button