Rencah Hidup

Wang kertas Malaya $1,000 tumpuan acara lelong

SEKEPING wang kertas khas Malaya $1,000 dari tahun 1959 yang tidak pernah dikeluarkan bakal menjadi tarikan pada acara lelongan numismatik yang berlangsung empat hari mulai 7 Januari ini.

Pelelong Hann Boom berkata, ia adalah warisan sejarah yang sangat jarang ditemui.

“Ibarat ‘permata’ kerana satu-satunya yang terdapat di dunia,” kata pelelong Hann Boom di mana syarikatnya terbabit menganjurkan acara lelongan berkenaan.

Menurut pelelong Hann Boom , wang kertas ini telah direka pada penghujung zaman penjajahan tetapi tidak diluluskan untuk dikeluarkan.

“Wang kertas berkenaan telah disahkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan British Borneo pada 1959 dan mempunyai kualiti bukti fotografi arkib,” katanya.

Satu lagi tarikan utama pada lelongan itu, kata Boom ialah wang kertas $1 Sarawak yang sangat jarang dicetak pada tahun 1919 dan hanya diedarkan sementara sebelum negeri itu mengeluarkan wang kertasnya sendiri.

“Di bahagian atas sebelah kiri wang kertas adalah potret Charles Vyner Brooke yang merupakan Rajah Putih Sarawak yang terakhir. Wang kertas yang sama memperoleh RM180,000 dalam lelongan sebelum ini,” ujar beliau.

Pameran numismatik selama tiga hari akan diadakan sebelum lelongan itu dan ratusan peminat dari rantau ini akan berada di sana untuk menilai wang kertas dan syiling yang tersedia.

Lelongan terakhir pada November lalu berjaya mengumpul sejumlah RM8 juta. Antara bidaan tertinggi ialah wang kertas $25 Sarawak 1929 yang berharga RM212,400 manakala wang kertas $1 Malaya 1940 yang dikeluarkan semasa pentadbiran British dijual pada harga RM188,800. – SUMBER FMT – SM

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button