Nasional

UPM bawa kelainan aiskrim perisa Misai Kucing

DALAM perubatan tradisional penggunaan Misai Kucing sudah tidak asing lagi terutama dalam merawat tekanan darah tinggi, kencing manis, diabetes dan batu karang.

Lazimnya, herba Misai Kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Stamineus sering ditanam sebagai pokok perhiasan kerana kecantikannya.

Namun, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Nur ‘Aliaa Abdul Rahman dan Prof. Madya Dr. Azhari Samsu Baharuddin memilih untuk menghasilkan aiskrim daripada teh Misai Kucing.

Menurut Nur ‘Aliaa aiskrim tersebut terhasil daripada proses bancuhan sejuk daun teh Misai Kucing selama 20 jam sebelum teh yang terhasil diproses menjadi aiskrim.

“Aiskrim ini juga diformulasi dengan kalori yang rendah memandangkan produk yang dihasilkan daripada AppetitTM berdasarkan kesihatan. Aiskrim AppetitTM mula berada dipasaran pada November 2020 merupakan salah satu hasil inovasi teknologi daripada UPM.

“Inovasi aiskrim ini mengekalkan rasa semula jadi Misai Kucing serta khasiatnya dan kita dalam proses menghasilkan label pada produk. Kita akan mula pasarkan perisa Misai Kucing ini pada awal Jun hadapan,” katanya.

Beliau berkata antara Aiskrim AppetitTM yang sudah dikomersialkan dan dipaternkan di pasaran di bawah cawangan Appetit Village ialah seperti Musang King, D24, durian kampung, Cempedak, Nangka madu dan pelbagai lagi.

Sementera itu, Azhari berkata dengan adanya UPM sebagai salah satu universiti yang mempunyai sumber agrikultur yang boleh menghasilkan produk berasaskan herba, AppetitTM Misai Kucing mampu bersaing dengan produk keluaran lain di pasaran.

“Setakat ini sambutan sangat menarik dan kita ada kedai aiskrim Appetit Village yang hampir dua tahun berada di pasaran. Kita akan berusaha untuk keluarkan produk penyelidikan dan pembangunan (RnD) UPM ke pihak luar.

“Pemilihan bahan-bahan dalam aiskrim dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan aiskrim berasaskan kesihatan yang mempunyai kualiti tekstur dan rasa yang setanding dengan jenama komersial lain di pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, Azhari juga berkata cawangan AppetitTM Village bakal mempunyai cawangan lain di Shah Alam, Putrajaya, Melaka, Kuantan, dan Kelantan. – UPM – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button