Parlimen

Tidak wajib vaksin, namun banyak kebebasan untuk yang lengkap

Perdana Menteri akan umumkan kemudahan kepada yang ambil vaksin lengkap

KERAJAAN tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 di negara ini walaupun jumlah mereka yang tidak mendaftar adalah tinggi kira-kira 10 juta orang.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata, banyak kemudahan dan kebebasan kepada individu yang lengkap mengambil dos vaksin yang diperlukan.

Beliau berharap kemudahan dan kebebasan yang dinikmati oleh penerima lengkap dos vaksin Covid-19 akan mendorong mereka yang tidak mahu mengambil vaksin untuk mendaftar.

Tambah Khairy Jamaluddin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin akan mengumumkan kemudahan yang akan diperolehi oleh penerima lengkap dos vaksin.

“Buat masa ini kerajaan tidak ada cadangan untuk mewajibkan vaksin. Sebab program kesihatan awam Malaysia melibatkan semua vaksin adalah secara sukarela. Kita tidak mahu sampai tahap kita hendak paksa orang dengan undang-undang menerima vaksin.

“Tapi apa yang kita harap dapat meningkatkan jumlah pendaftaran atau mereka yang enggan berdaftar adalah kekebasan atau kemudahan yang akan diberikan kepada mereka yang lengkap vaksinasi dan ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

“Kemudahan kepada mereka yang lengkap mendapat vaksinasi apa yang mereka boleh buat, saya harap mereka yang enggan menerima vaksin akan rasa mungkin terpanggil dapat vaksinasi untuk mendapat dan menikmati kemudahan yang akan diumumkan,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian dalam sesi pengulungan penerangan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkaitan Program Vaksinasi pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat petang tadi.

Khairy Jamaluddin berkata, kemudahan yang sama akan dinikmati oleh rakyat Malaysia yang telah lengkap mengambil vaksin Covid-19 di luar negara.

“Kita akan buka satu ciri di MySejahtera bagi mereka yang menerima vaksin di luar untuk mereka dapat sijil kuning di MySejahtera tersebut,” katanya.

Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara luar untuk mendapatkan pengiktirafan sijil vaksinasi yang dikeluarkan oleh negara.-SM

 

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button