Luar Negara

K-pop punca ramai mahu belajar bahasa Korea

DARIPADA permainan video dan anime kepada muzik dan filem, K-pop dan J-pop jelas memberi kesan kepada trend sosial masyarakat.

Menurut laporan daripada UK’s University Council of Modern Languages yang dikeluarkan pada 2021, pengambilan ijazah bahasa Korea dan ijazah bahasa Jepun telah meningkat dengan ketara antara tahun 2012 dan 2018, lapor The Guardian.

Penerimaan untuk belajar bahasa Korea meningkat daripada 50 kepada 175 peratus antara tempoh tersebut, manakala untuk pembelajaran bahasa Jepun mereka meningkat sebanyak 71 peratus.

Bilangan pelajar yang berminat mempelajari bahasa Korea kini melebihi mereka yang berminat untuk mempelajari bahasa Rusia, manakala kelas Jepun lebih popular daripada bahasa Itali.

Menurut pakar, minat terhadap bahasa Korea dan Jepun boleh dijelaskan dengan populariti budaya Asia melalui manga, permainan video, filem dan drama.

Semakin ramai artis Korea dan Jepun mencipta nama dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Satu contoh ialah kemenangan Oscar bagi filem Korea Selatan iaitu Parasite oleh Bong Joon Ho, yang memenangi hadiah pada anugerah 2020: filem terbaik, filem asing terbaik, lakon layar asal terbaik dan pengarah terbaik.

Gelombang K-pop turut dirasai dalam dunia rancangan TV iaitu Squid Game yang menjadi hit TV terbesar pada tahun 2021.

Menurut Netflix, drama Korea Selatan adalah yang paling banyak ditonton di platform dengan 1.65 bilion jam ditonton.

Sementara itu, kumpulan muzik BTS memecahkan rekod dengan lagunya ‘Dynamite’ dengan melebihi 101.1 bilion tontonan dalam 24 jam di YouTube dan kekal sebagai kumpulan paling banyak dibincangkan di Twitter pada 2021.

Menurut laporan University Council of Modern Languages, peratusan universiti yang menawarkan kursus dalam pembelajaran bahasa Jepun meningkat daripada 19 peratus pada 2018 kepada 39 peratus pada 2020/2021.

“Mereka mula belajar bahasa Jepun secara santai, untuk keseronokkan, dan kemudian mereka fikir ‘ini menyeronokkan’ jadi mereka mahu belajar dengan lebih serius sama ada sebagai jurusan ijazah atau sebagai subjek pilihan,” kata Kazuki Morimoto, pensyarah dalam bahasa Jepun di Universiti Leeds memberitahu The Guardian.

Seorang penyelidik budaya pop Korea di Universiti Macquarie di Australia, Sarah Keith, ia merupakan gabungan tema Korea dan tema Hollywood (disebabkan pengarah telah membesar dalam budaya Hollywood) yang menarik minat orang Barat.

“Sebagai contoh dalam Squid Game, dramatik rentak dan plot drama itu boleh difahami oleh penonton di seluruh dunia, tetapi pada masa yang sama ia melibatkan tema Korea khususnya yang benar-benar baharu kepada penonton asing,” jelasnya.

Contohnya lagi, resipi khas Korea daripada Squid Game menjadi tular di Tik Tok.

Selain bahasa Jepun dan Korea, Emma Cayley dari The University Council of Modern Languages berkata bahasa Arab dan Cina juga menyaksikan kebangkitan minat di universiti. – SM

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button