Politik

Apa bukti saya guna kedudukan untuk kaya?-Tun Mahathir

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti terhadap dakwaan beliau bahawa Tun Mahathir menggunakan kedudukan untuk mengayakan dirinya dan keluarga ketika beliau berkuasa.

“Saya ingin dapatkan bukti daripada Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga dan anak-anak.

“Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah,” catat Tun Mahathir di Twitter.

TUN Dr Mahathir Mohamad menyatakan, belum ada keputusan muktamad kerjasama GTA dan PN.

Memetik laporan FMT hari ini, ketika berucap pada Kongres PKR minggu lepas, Anwar merujuk kepada seseorang “yang berkuasa selama 22 tahun dan kemudian campur 22 bulan” menggunakan kedudukannya untuk mengayakan dirinya dan keluarga.

Walaupun Anwar tidak menyebut nama Tun Mahathir, beliau juga berkata, pemimpin itu hanya merungut tentang orang Melayu kehilangan segala-galanya selepas beliau tidak lagi berkuasa.

Tun Mahathir yang memimpin negara dalam dua tempoh berlainan berkata, beliau cuba “memulihkan keadaan orang Melayu” apabila menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Tetapi kerajaan PH dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.

“Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya (dialami) oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai perdana menteri. Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi perdana Menteri,” dakwa Tun Mahathir lagi.

Tun Mahathir juga berkata, beliau berusaha melancarkan ‘Proklamasi Melayu’ untuk menyedarkan orang Melayu tentang masalah mereka.

Beliau sebelum ini mengkritik kerajaan kerana didakwa tidak membenarkan acara yang sepatutnya diadakan pada 19 Mac lalu dan berkata, orang Melayu berhak berhimpun dan suara mereka didengari.

Ditanya sama ada beliau tahu siapakah yang mengarahkan lokasi acara itu dibatalkan, ini jawapan Tun Mahathir.

“Saya tidak mempunyai bukti tetapi yakin, Anwar menjadi dalangnya kerana “tidak ada perkara seperti ini boleh dilakukan tanpa persetujuan atau arahannya”,” kata Tun Mahathir. – SM

BACA Demi agama, bangsa dan tanah air, Tun Dr Mahathir tinggalkan Pejuang

 

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button