Politik

Pas-DAP keruh bila Hadi berkuasa – Lim

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata hubungan DAP dengan Pas menjadi keruh apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil-alih kepimpinan parti berkenaan.

Lim berkata, Era Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat adalah saat-saat terbaik hubungan kedua-dua buah parti sebelum Abdul Hadi mengambil alih selaku Mursyidul Am Pas.

“Itulah saat-saat kami menikmati hubungan kerja yang baik dengan ahli PAS kerana kami tidak melihat orang Melayu sebagai ancaman.

“Namun, era (bekas musrsyidul am PAS) Nik Aziz Nik Mat berlalu dan Hadi mengambil alih jawatan presiden PAS, hubungan itu kembali keruh.

“Sekali lagi, PAS yang meninggalkan Pakatan Rakyat, membawa kepada pembubaran gabungan itu pada 2015,” kata Lim.

PAS adalah sebahagian daripada BN pada 1972, yang menyaksikan PAS memenangi 14 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1974.

Tiga tahun kemudian, PAS berpecah daripada BN dan hanya mempunyai lima kerusi parlimen pada pilihan raya umum berikutnya.

“PAS ditinggalkan oleh pangkalan pengundi Melayunya sehingga pilihan raya umum (PRU) 1999 pada kemuncak pergerakan Reformasi Anwar.

“Sekali lagi, pada 2022, PAS mendapat manfaat daripada pengundi Melayu yang meninggalkan Umno pada PRU lalu, memberikan gambaran bahawa terdapat ‘gelombang hijau’,” kata Lim.

Hadi sebelum ini membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969, memberi amaran terhadap “naratif palsu” yang disebarkan DAP untuk mempengaruhi golongan muda Cina dan India.

Justerus beliau mempertikaikan kenyataan Abdul Hadi yang menggesa orang bukan Melayu di negara ini supaya tidak terpedaya dengan “naratif palsu” DAP.

Lim mempersoalkan sama ada PAS juga terpengaruh dengan “naratif palsu” ini apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dua kali pada masa lalu.

“Hadi harus memberikan jawapan jujur kepada kita kerana sejarah seolah-olah memberitahu kita bahawa PAS menumpang parti politik lain untuk mencapai agenda politiknya sendiri dan dia juga harus menjawab kita sama ada PAS turut terpengaruh dengan apa yang dikatakan ‘naratif palsu’ ketika dua kali bekerjasama dengan DAP,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim turut menyorot sejarah PAS bekerjasama dengan parti lain yang menurutnya untuk kepentingan sendiri sebelum meminggirkan sekutu mereka.

Pemimpin DAP itu juga berkata bahawa PAS adalah sebahagian daripada Barisan Alternatif, yang ditubuhkan pada 1999 sebagai barisan pembangkang menentang BN, bersama-sama dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, gabungan ini berpecah dua tahun kemudian apabila PAS dan PKR membawa haluan masing-masing di negeri yang ditadbir PAS.

PAS kemudiannya bergabung semula dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat pada 2008 semasa kemuncak gerakan Reformasi pimpinan Anwar Ibrahim.

“DAP sangat bersikap terbuka terhadap PAS dan menerimanya sebagai rakan kongsi.

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button