Nasional

Covid-19: P. Pinang bersedia beralih ke fasa dua

Pulau Pinang adalah negeri terbaharu yang akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) setelah mencapai nilai ambang tiga indikator utama.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa negeri Pulau Pinang berikutan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama iaitu, purata kes jangkitan harian selama 7 hari di bawah nilai ambang 12.2 kes per 100,000 iaitu 9.5 kes per 100,000.

Kadar penggunaan katil wad ICU mencapai tahap sederhana (moderate) dan penilaian Capacity to Respond yang berada pada tahap mencukupi.

Kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa melebihi 10% iaitu pada kadar 10.1%.

“Berdasarkan tiga indikator ini dan penilaian terperinci agensi-agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa PPN bagi negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan hari ini.

Bagi negeri-negeri yang telah berjaya beralih ke fasa 2, beliau menasihatkan untuk teruskan usaha melindungi komuniti anda daripada jangkitan COVID-19 dan tingkatkan prestasi negeri masing-masing supaya dapat beralih ke fasa seterusnya. Ini akan membantu untuk mempercepatkan proses pemulihan sektor-sektor ekonomi dan sosial di negeri-negeri yang berkenaan.

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button