Nasional

Anwar kongsi rahsia bagaimana Malaysia tarik pelaburan syarikat terkemuka

Dalam lawatan kerja saya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), saya berpeluang bertemu dengan 40 wakil-wakil dari 21 syarikat-syarikat besar termasuk ADNOC, TAQA, MASDAR, Al-Dahra, Lulu dan DP World.

Sementelahan, wakil-wakil dari dana-dana nasional seperti ADIA dan Mubadala juga turut hadir.

Saya dimaklumkan, ramai di antara mereka yang telah melabur di Malaysia, berhasrat untuk menambah pelaburan sedia ada dimana Majlis Pelabur Antarabangsa UAE serta Dewan-Dewan Perniagaan Abu Dhabi dan Dubai turut bersama kami.

Saya turut berkongsi mengenai bagaimana Malaysia berjaya menarik pelbagai pelaburan baharu dari syarikat-syarikat terkemuka global seperti Tesla, Infineon, Geely dan sebagainya.

Yang sama penting, Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Baharu (NETR) dan juga Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) bakal mengukuhkan asas industri dan perniagaan di Malaysia.

Malaysia telah lama menjalinkan hubungan yang akrab dengan UAE, terutama sekali dengan Abu Dhabi. Saya juga menekankan pentingnya perkongsian strategik bukan sahaja di dalam satu atau dua sektor, tetapi di dalam pelbagai sektor.

Industri halal dan kewangan Islam Malaysia adalah satu sektor di mana banyak kerjasama boleh dijalin, dan saya berkongsi bahawa Malaysia juga menekankan konsep keadilan sosial melalui pelaksanaan industri halal di Malaysia.

Insya-Allah, jalinan perhubungan dua hala antara Malaysia dan UAE ini akan terus ditambahbaik.

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button