Politik

Genggaman erat jangan lepaskan – Ahmad Maslan

PENYOKONG, pendokong dan pemimpin UMNO dan Pas jangan melepaskan genggaman erat yang telah dibina oleh kedua-dua parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO akan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional iaitu gagasan yang dibina bersama dengan Pas.

Malah UMNO turut mencadangkan agar Muafakat Nasional yang secara rasmi dilancarkan pada 14 September untuk didaftarkan sebagaui parti politik.

“Genggaman erat penyokong, pendokong & pemimpin #UMNO & #PAS jangan dilepaskan Kita akan terus memperkukuh #MuafakatNasional.

“Biro Politik UMNO telah cadangkan agar MN didaftar sebagai organisasi politik yang sah. MN telah berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun,” kata Ahmad Maslan.

Kerjasama UMNO dan Pas sebelum ini dipersoalkan selepas Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pada 13 Oktober lalu memutuskan untuk mempertimbangkan menarik diri menyokong Perikatan Nasional.

“UMNO juga akan memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik.

“UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) supaya MN didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” kata Ahmad.

Pas ketika ini merupakan komponen di dalam Perikatan Nasional.

Muafakat Nasional (MN) dilihat akan memulakan gerakannya untuk ditubuhkan sebagai sebuah parti berdaftar seperti dipersetujui UMNO sebelum ini.

Gerakan tersebut dimulakan dengan mesyuarat yang dijangka berlangsung pada Isnin ini yang akan mempertemukan pimipinan UMNO dan Pas.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa.

“Insya Allah, Isnin ini MN bermesyuarat. Semuanya dalam suasana ‘anak beranak’. Kita doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT.”

Pas dan UMNO menjadi seteru politik hinggalah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang.

Kedua-dua parti itu bersatu dalam Muafakat Nasional dan hasil kerjasama kedua-dua parti mereka berjaya mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU-14 menewaskan parti Pakatan Harapan.

Bagaimanapun hubungan kedua-duanya teruji selepas pembentukan parti Perikatan Nasional.-SM

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button