Politik

KM Sabah akan dipilih selepas menang – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan calon ketua menteri Sabah yang baharu akan dipilih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri BN dan rakan-rakan politik dalam Gabungan Rakyat Sabah.

Menurut Ahmad Zahid, nama calon ketua menteri akan dipilih selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menang dan  berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“BN memutuskan bahawa ketua menteri Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu,” kata Ahmad Zahid dalam Twitternya sebentar tadi.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi mengumumkan bahawa Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah iaitu BN, PN dan PBS berjaya tawan negeri itu dalam PRN Sabah.

Muhyiddin mengumumkan cadangan itu di  pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran hari ini sambil disambut sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Walau bagaimanapun, kata perdana menteri, bahawa keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu.

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji.

“Ini juga memerlukan persetujuan dari sekutu Bersatu,” katanya.

Hajiji, telah mewakili Sulaman sejak 1990 di bawah logo BN dan ini kali pertama dia bertanding di bawah bendera PN.-SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button