NasionalParlimen

Kekal Azam Baki elak persepsi perdana menteri bertukar, Ketua Pesuruhjaya SPRM pun bertukar

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak menukar Tan Sri Azam Baki mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak mahu menimbulkan persepsi ketua pesuruhjaya perlu diganti sekiranya perdana menteri bertukar.

Perdana Menteri berkata, mengikut peraturan dan perundangan semasa, SPRM merupakan badan bebas yang tidak tertakluk kepada arahan perdana menteri.

“Sebab itu apabila saya ambil alih menjadi perdana menteri, saya tidak memilih untuk menukar Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik oleh Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak menimbulkan persepsi bahawa seorang perdana menteri baharu akan melantik seorang ketua SPRM baharu. Sebab itu saya kekalkan.

“Dan peruntukan undang-undang sekarang ini menjamin kebebasan SPRM tidak tertakluk di bawah di bawah arahan perdana menteri,” katanya.

sprm

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung cadangan meletakkan agensi itu di bawah Parlimen dan bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri, dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat.

Azam dilantik menerajui SPRM pada 9 Mac 2020 ketika pentadbiran Muhyiddin menjadi perdana menteri, menggantikan Latheefa Koya yang memilih memendekkan perkhidmatannya selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dalam Langkah Sheraton.

Anwar ketika mengulas lanjut, kerajaan tidak mempunyai masalah menimbangkan cadangan meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

“Syor menambah baik fungsi SPRM perlu dikemukakan jawatankuasa pilihan khas untuk diteliti supaya keupayaan SPRM itu dapat ditingkatkan, tidak ada kekangan dan campur tangan dibimbangi menjejaskan setiap usaha membanteras rasuah,” katanya. – SM

Baca > Dakwaan wujud anggota penguatkuasa terima rasuah bukan palsu-SPRM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button