Nasional

KKD pertimbang tapis laman web tawar perkhidmatan palsu melalui sebenarnya.my

Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menapis laman web yang menawarkan perniagaan atau perkhidmatan palsu menerusi portal sebenarnya.my dengan cap pengesahan bagi mengelakkan gejala penipuan berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihak kementerian akan meneliti perkara berkenaan secara teknikal sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu licik dengan taktik tertentu sehingga menyukarkan proses menapis tawaran palsu itu.
“Satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh pihak sebenarnya.my adalah apabila ada pihak kononnnya menawarkan bantuan (kewangan) RM200-RM1,000 kononnya daripada agensi kerajaan dengan laman sesawang yang mirip laman sesawang kerajaan.
“Tapi masalah yang dihadapi, apabila ditutup satu sebab ia hanya melibatkan pengekodan (coding) atau penukaran pengehosan (hosting) dan sebagainya, mereka boleh copy paste laman-laman web ini,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Justeru, Fahmi berkata antara cara terbaik untuk mengatasi kegiatan berkenaan adalah dengan meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat agar lebih berwaspada dan tidak menjadi mangsa kegiatan penipuan dalam talian.
Beliau menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) tentang kesediaan kerajaan untuk mengenal pasti laman web yang menawarkan perkhidmatan palsu dan disiarkan melalui laman web sebenarnya.my untuk makluman awam. – SM
(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button