KebakaranNasional

5 kereta, 11 motosikal musnah bengkel terbakar

LIMA kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran dua bengkel membaiki kenderaan di Taman Keladi, kira-kira 5 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain, berkata pusat gerakan operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.23 pagi tadi dan sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

“Seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani dan BBP Amanjaya digerakkan ke lokasi bersama jentera bomba. Turut membantu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang.

“Api berjaya dikawal pada 5.45 pagi dan operasi tamat pada 6.36 pagi tadi. Tiada mangsa yang dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – SM

BACA Bomba Perlis terima 90 peratus panggilan kebakaran berlaku waktu malam

(Visited 17 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button